Budi Family Homestay D'Telok Mas Melaka
Rumah rehat untuk percutian dengan harga yang amat berpatutan. Sila klik di bawah atau boleh menghubungi En Faizaluddin 019-6574596 / Pn Norlila 019-6574596 untuk pertanyaan.
Saturday, 12 August 2017
Sunday, 2 July 2017
Ila Home Baker
Jom Kita Berpantun:-
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ini baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Apa kena mengena video dengan pantun...jom klik play button
Monday, 9 March 2015
Saja Corat Coret
Aku ini bukannya pandai bercerita apa lagi nak menulis dalam blog. Kalau tak belajar dan tak mahu mulakan bila nak maju. Kalau tak dipecahkan ruyungnya mana nak dapat sagunya...
Aku juga tak pandai nak berbahasa dengan susunan ayat yang berbunga-bunga..sebab aku bukan "mat bunga". Aku orang biasa yang hidup dengan bersederhana. Apa yang menjadi keperluan itu mesti diutamakan...
Aku ujudkan blog ini bukan apa saja supaya ku juga tidak ketinggalan dengan anak-anak muda yang semakin maju dengan teknologi. Walau aku dah hampir "Asar" tapi belum "Maghrib"...jadi aku tak mahu ketinggalan. Kalau dalam lumba lari kalau nak tinggalkan dua tiga langkah aje..Kalau tak aku akan kejar walau masih dibelakang...
Dalam blog aku nie aku nak share apa-apa yang mungkin berfaedah. Aku tak tahu le sama ada ianya berfaedah atau tak. Yang baik dijadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. Aku tak nak blog nie ada cerita-cerita politik...Politik politik tak main la..
Kita manusia bukan tahu semua..ilmu kita sedikit aje yang Allah pinjamkan. Apa yang kita nak bangga..dunia nie sementara aje..Ibarat kat Che Mat Tar "dunia semua nie".
Kalau kau tengok aku minum sebelah kanan macam hauskan..memang pun masa tu baru balik dari Pulau Besar. mana tak haus satu pulau aku ronda jalan kaki..ye la takkan nak jalan tangan..ha ha. jangan le marah aku nak bergurau pun ambil hati.
Pagi tadi Dak Azat Yatim buat lawak...ada dia kata abang tak baca wasap..lepas nie dia nak balik pasal Melaka cuti..Rupanya dia buat lawak katanya Sultan Melaka tiruan tu kasi cuti pasal Melaka menang lawan Harimau Malaya C. dah tu 5-1 pulak..Lain la kalau Melaka menang atas Liverpool ke..tak yah kasi cuti aku MC...
Ok la...coret banyak2 pun boleh dapat hadiah..Jumpa Lagi ...
Monday, 12 May 2014
Budi Homestay D'Telok Mas Melaka
Mengapa bayar lebih..."lebih baik sewa homestay"
Cuti Sekolah Datang Lagi...Jom Melawat Melaka
Hai.. masa begitu cepat berlalu tak lama lagi cuti sekolah hujung tahun akan menjelma. Bagi anda yang ada perancangan untuk bercuti adalah lebih baik merancang percutian anda. Jangan main terjah saja nanti bila dah tiada bilik hotel atau homestay takkan nak patah balik ke rumah...kalau dekat tak ape la..kalau jauh mesti isteri dan anak-anak masam muka.
Bagi anda ingin bercuti ke Melaka boleh lah buat tempahan untuk tinggal di homestay saya. Harga amat berpatutan, cuma RM150.00 satu malam. Maklumlah saya ni kuli dan saya juga taukeh. Dapat cover cover sikit dah Alhamdullillah.
Bagi anda ingin bercuti ke Melaka boleh lah buat tempahan untuk tinggal di homestay saya. Harga amat berpatutan, cuma RM150.00 satu malam. Maklumlah saya ni kuli dan saya juga taukeh. Dapat cover cover sikit dah Alhamdullillah.
Mengapa Harus Tinggal di
Budi Homestay D'Telok Mas
1. Homestay yang terletak di Telok Mas Melaka hanya 8 km ke
bandar Melaka serta tempat-tempat percutian seperti St Paul Hill (A'Famosa),
Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Samudera, Melaka Stamp Muzium, The
Studhuys, Independence Monumen Museum, Pulau Besar dan lain-lain.
2. Berdekatan dengan tempat untuk membeli belah Dataran
Pahlawan, Mahkota Parade, Hatten Square, AEON Bandaraya, The Shore dan
lain-lain.
3. Tempat yang strategik dan berdekatan dengan Gerai Makan MBMB, Medan Ikan Bakar Serkam/Umbai dan Alai, Pasaraya, Seven Elevan, Klinik Swasta dan Pasar Malam (Isnin/Jumaat).
Homestay ...
Ada air cond 2 unit, tv, peti ais, mesin basuh,
oven, sterika, 2 bilik air, set sofa, meja makan, parking kereta.
Sekiranya anda berminat boleh kami untuk pertanyaan atau tempahan. Sila hubungi :
- En. Faizaluddin 019-6574596
- Pn. Norlila 019-6579677
- kemaskini 26/10/2016
- Anda juga boleh melawatt blog nffabriccollection.blogspot.com.my. (Informasi di blog ini adalah terkini untuk urusan homestay)
- Bagi yang membatalkan tempahan 3 hari sebelum tarikh untuk tinggal duit deposit tidak akan dipulangkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

