Monday, 9 March 2015

Saja Corat Coret





Aku ini bukannya pandai bercerita apa lagi nak menulis dalam blog. Kalau tak belajar dan tak mahu mulakan bila nak maju. Kalau tak dipecahkan ruyungnya mana nak dapat sagunya... 

Aku juga tak pandai nak berbahasa dengan susunan ayat yang berbunga-bunga..sebab aku bukan "mat bunga". Aku orang biasa yang hidup dengan bersederhana. Apa yang menjadi keperluan itu mesti diutamakan...

Aku ujudkan blog ini bukan apa saja supaya ku juga tidak ketinggalan dengan anak-anak muda yang semakin maju dengan teknologi. Walau aku dah hampir "Asar" tapi belum "Maghrib"...jadi aku tak mahu ketinggalan. Kalau dalam lumba lari kalau nak tinggalkan dua tiga langkah aje..Kalau tak aku akan kejar walau masih dibelakang...


Dalam blog aku nie aku nak share apa-apa yang mungkin berfaedah. Aku tak tahu le sama ada ianya berfaedah atau tak. Yang baik dijadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. Aku tak nak blog nie ada cerita-cerita politik...Politik politik tak main la..
Kita manusia bukan tahu semua..ilmu kita sedikit aje yang Allah pinjamkan. Apa yang kita nak bangga..dunia nie sementara aje..Ibarat kat Che Mat Tar "dunia semua nie".


Kalau kau tengok aku minum sebelah kanan macam hauskan..memang pun masa tu baru balik dari Pulau Besar. mana tak haus satu pulau aku ronda jalan kaki..ye la takkan nak jalan tangan..ha ha. jangan le marah aku nak bergurau pun ambil hati.

Pagi tadi Dak Azat Yatim buat lawak...ada dia kata abang tak baca wasap..lepas nie dia nak balik pasal Melaka cuti..Rupanya dia buat lawak katanya Sultan Melaka tiruan tu kasi cuti pasal Melaka menang lawan Harimau Malaya C. dah tu 5-1 pulak..Lain la kalau Melaka menang atas Liverpool ke..tak yah kasi cuti aku MC... 

Ok la...coret banyak2 pun boleh dapat hadiah..Jumpa Lagi ...